Penemuan Formula Baru!
Menyertai Bisnes SMS Semakin Mudah

 

Berita Baik Usahawan Baru

Perniagaan SMS Bukan Lagi Perniagaan Yang Mahal

 

 

Memperkenalkan : 

 

 

Formula Bisnes SMS Untuk Beginner!

9 Formula Istimewa Yang Terbukti Berjaya

 

 

 

Saya Akan Berikan Anda Penyelesaiannya.. 

Daripada : Irwan Dahnil

Rabu  : 11.28 pagi  

Sahabat Usahawan Sekalian,

Bagi mereka yang sentiasa mengikut perkembangan projek SMS saya, tentunya tahu bahawa genap satu tahun lepas, saya telah melancarkan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Memang saya rasa sangat teruja dengan projek tersebut, kerana saya telah mengumpulkan selengkapnya pengetahuan mengenai perniagaan SMS untuk saya kongsikan dengan anda.

1 tahun bermakna saya telah mengumpulkan 1 tahun feedback dan maklumbalas dari setiap pelanggan ebook tersebut. Disimpulkan, sebanyak 735 maklumbalas telah saya kumpulkan untuk mendapatkan maklumat yang sangat penting. Setiap maklumbalas tersebut telah saya analisa dan saya susunkan dalam bentuk yang mudah untuk difahami.

Tahukah anda apakah perkara yang paling mendapat perhatian dan pertanyaan oleh kebanyakan ebook tersebut ? 

Tahukah apakah yang mereka nanti-nantikan ?

Tahukah apakah apa yang mereka sanggup bayar wang ringgit untuk mendapatkannya ?

Mereka mahukan satu FORMULA untuk memulakan perniagaan SMS dengan mudah, murah dan berisiko rendah!

Tahukah Anda ? 

Suatu masa dahulu, saya terpaksa habiskan masa lebih satu tahun untuk mendapatkan rentak perniagaan SMS saya ?

Suatu masa dahulu saya terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk memulakan perniagaan SMS ?

Suatu masa dahulu SMS bukannya perniagaan 'ikan bilis' dan kecil-kecilan tetapi hanya untuk syarikat yang bermodal besar dan mempunyai kepakaran yang tinggi?

Sekarang, anda tidak lagi melalui keperitan seperti yang saya rasai. Masanya telah tiba. Saya rangkumkan 7 bentuk perniagaan yang mudah untuk anda ceburi dengan cadangan kos yang paling rendah dan minima.

Teruskan membaca, saya akan buka rahsia formula tersebut supaya anda faham dan anda kelak akan mengubah hidup anda... 

p/s : Bagi mereka yang faham tentang psikologi jutawan, ini adalah peluang yang baik untuk bentuk pelaburan menambah pendapatan pasif anda. Lagipun, perniagaan SMS bukan lagi rahsia..

 

 

Bisnes SMS Yang Fleksible

Dengan Kos Yang Rendah Dari Rumah!

 

Percaya atau tidak, apabila anda mula duduk dan membaca apa yang dituliskan ini, anda akan akan terasa semakin  hampir dengan perniagaan SMS. Saya sangat yakin dan anda sendiri yakin, bahawa perniagaan SMS bukan lagi perniagaan yang luar biasa. Cuba anda lihat sekeliling, telah ramai yang menjadikan SMS satu perniagaan.

 

Kalau saya kenang kembali betapa susahnya saya dahulu memulakan perniagaan SMS, saya yakin lebih ramai orang akan 'surrender', 'angkat bendera putih' dan mengalah untuk memulakan perniagaan. Terlalu banyak halangan, prosedur,masa dan yang paling 'sakit' adalah modal yang diperlukan. 5 tahun dulu, jika anda tidak anda RM20,000 dalam poket, jangan berangan untuk mempunyai perniagaan SMS anda sendiri.

 

Sekarang anda tidak perlu lagi lalui kepayahan yang saya lalui. Ebook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner! akan mengubah senario kepayahan dan keperitan saya kepada langkah yang mudah dan cepat untuk anda.

 

  • Langkah demi langkah bagaimana memulakan perniagaan SMS anda sendiri, berpandukan langkah yang terbukti berjaya!

  • Tidak perlu melibatkan komunikasi dengan terlalu ramai orang, pembekal atau penyedia perkhidmatan. Bisnes SMS boleh dilakukan dari rumah!

  • Anda akan menjadi sangat teruja dan kagum, malah tidak percaya betapa mudah sebenarnya langkah-langkah perniagaan SMS yang perlu diikuti

  • Anda mungkin memulakan lebih dari satu perniagaan SMS apabila anda telah mengetahui bahawa bisnes SMS adalah simple untuk diuruskan

  • Anda akan dapat satu gambaran lengkap bagaimana bisnes dikendalikan dan dikonfigurasikan.

 

 

Saya Boleh Baca Fikiran Anda

Sekiranya Anda Berfikir Seperti Ini, Anda Adalah Orang Yang Normal..

 

 

5 Soalan Yang Selalu Ditanya 
Mengenai Bisnes SMS 

 

Soalan #1 : Saya tidak yakin perniagaan SMS ini boleh berjaya. Betul ke ni?

Soalan yang paling kerap saya terima. Saya tidak perlu meyakinkan anda lebih lagi memandangkan industri ini telah matang dan berjaya malah jumlah mereka yang menceburi perniagaan SMS ini semakin meningkat. Kalau anda masih tidak percaya, ini adalah masa untuk anda mengubah persepsi anda.

Soalan #2 : Saya dah kaji sikit. Rasa-rasanya kosnya tentu mahal kan ?

Saya rasa kajian anda tidak lengkap. Sudahkah anda mendapat maklumat dari sumber yang boleh anda percayai ? Adakah maklumat kajian anda itu adalah yang terkini. Tahukah anda kos untuk memiliki bisnes teknologi seperti SMS semakin lama semakin murah ? Dahulu nak berniaga diinternet beratus-ratus modalnya. Sekarang dengan RM100 sahaja dah dapat hosting dan domain. Nampaknya anda perlu buat lebih kajian!

Soalan #3 : Boleh ke ebook ni bantu saya ? 

Ebook ini hanya menghuraikan maklumat yang terkini dan berkaitan dengan bisnes SMS. Kalau anda rasa sudah cukup yakin, saya ucapkan selamat maju jaya dalam bisnes anda. Ebook ini memudahkan kerja ramai lagi bakal-bakal usahawan teknologi di Malaysia.

Soalan #4 : Mesti ada kos lain kena bayar kan?

Anda pernah mendapatkan lesen memandu ? Berapa yang anda bayar untuk lesen tersebut? Adakah anda akan memperolehi kereta percuma selepas lulus ujian memandu ? Lesen dan kereta bukan lah kos yang sama dan tidak boleh dibuat perbandingan. Tiada bisnes yang lengkap dari segi kos, oleh itu belanjawan akan dibuat setiap tahun. :) 

Soalan #5 : Saya faham sikit-sikit dah bisnes SMS. Perlu lagi ke ebook ni ?

Tepuk dada tanya selera. Sekiranya dengan kefahaman anda tentang bisnes SMS telah mencukupi, tentunya anda telah memulakan perniagaan SMS ketika ini, bukan ? Lagipun, kalau nak ceburi perniagaan, tidak cukup dengan kefahaman yang sedikit. Mesti secara mendalam dan meluas. 

 


 

Dapatkan Sekarang E-Book Ini Pada Harga Promosi
Untuk 45 17 Pelanggan Sahaja!

 

 


 

 

 

SMS Adalah Bisnes Paling Hangat!

Fakta SMS dan Bisnes Yang Berkaitan 
Yang Tidak Perlu Lagi Disangkal

 

Fakta #1 : Jumlah Pengguna Telefon Bimbit di Malaysia

Ini fakta yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dimana pemilikan telefon bimbit di Malaysia mengalami pertumbuhan yang sihat dan industri telekomunikasi merupakan satu industri yang matang.

 

Fakta #2 : Purata Penggunaan SMS Dalam Sehari

Tidak terkira banyaknya SMS yang saya hantar dalam sehari. Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, kebanyakan dari kita akan menghantar lebih dari 5 SMS sehari. Bagaimana dengan anda ?

 

Fakta #3 : Didorong Oleh Industri Pengiklanan

SMS mula mendapat perhatian pengusaha dan pemilik perniagaan di atas sifat personal dan memberikan lebih respon dari pelanggan. Tiada medium yang dapat sampai terus kepada pelanggan dalam masa yang singkat dan kos yang murah berbanding dengan SMS



Fakta #4 : Teknologi Yang Matang & Menjadi Pilihan

Mungkin zaman sekarang ini hanya dua golongan sahaja yang tidak menggunakan SMS ; bayi dan orang terlalu tua. Golongan yang lain rata-rata pengguna setia SMS. Tambahan pula, teknologi baru yang diperkenalkan masih belum dapat menandingi SMS dari segi kos dan juga kesediaan pelanggan.

Fakta #3 : Semua Orang Teruja, Mengapa Tidak Anda

Bisnes SMS ini juga telah mendapat pendedahan di media televisyen dan radio. Lebih banyak pendedahan dan promosi akan dilakukan untuk melibatkan lebih ramai usahawan SMS yang berminat.

Irwan Dahnil di dalam rancangan Resensi Segmen Selamat Pagi Malaysia RTM. Kelihatan pengacara rancangan, saudara Sayed Munawar sedang meneliti buku Buat Duit Dengan SMS

Irwan Dahnil di konti penyiaran sebagai Tetamu Jemputan rancangan RADIO24 di Stesen Bernama 93.9FM

 

Jangan Terpedaya!

Dapatkan Fakta Sebenar Perniagaan SMS

 

 

Kepercayaan #1 : Bisnes SMS Untuk Orang Teknikal Sahaja

 

Fakta  Sebenar :

 

Dahulunya ini mungkin ada kebenarannya. Tetapi dengan perkembangan teknologi dan semakin ramai orang yang pandai menggunakan komputer, ia mula menjadi kepercayaan yang karut. Bisnes SMS bukan perniagaan yang memerlukan kemahiran teknikal seperti programming. Bisnes SMS mirip kepada menggunakan email sahaja

 

Kepercayaan #2 : Dah Banyak Sangat Orang Bisnes SMS. Saingan Tentunya Sengit.

 

Fakta  Sebenar :

 

Fakta menunjukkan tidak banyak syarikat di Malaysia yang mempunyai SMS Gateway. Anda boleh periksa fakta dengan SKMM. Bisnes SMS yang dah banyak sangat tu adalah bisnes SMS yang sama. Ada 1001 perniagaan SMS yang belum diceburi dan menunggu masa untuk diteroka di Malaysia. Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai persaingan. Barulah perniagaan itu dipanggil perniagaan yang sihat. 

 

Kepercayaan #3 : Semua Bisnes SMS Yang Laku Adalah Bisnes SMS Chatting atau Ringtone

 

Fakta  Sebenar :

 

Tidak semestinya. 5 tahun lalu mungkin popular. Sekarang orang menjadi semakin bijak. Ringtone hanya dipindahkan melalui bluetooth, bahkan ada yang file-sharing sahaja. Handphone semakin canggih memainkan nada dering MP3 yang lebih enak didengar. SMS Chatting untuk orang-orang yang tidak tahu buat apa, kesunyian dan mencari kawan. Di luar sana, tak semua orang kesunyian betul tak?

 

Banyak lagi perniagaan SMS yang belum diteroka. Bisnes SMS membolehkan banyak lagi maklumat yang boleh dijual berdasarkan kemahiran, pengalaman dan juga pengetahuan.

Kepercayaan #4 : Pelanggan Yang Paling Baik Adalah Remaja

 

Fakta  Sebenar :

 

Mengikut statistik pemilikan handphone bimbit oleh remaja adalah sekitar 14-15 peratus sahaja. Golongan dewasa dan belia mempunyai peratus yang lebih besar sekitar 70%. Ini bermakna banyak lagi prospek pelanggan yang masih belum diteroka.

 

Kepercayaan #5 : Bisnes SMS ni menipu je lebih. 'Makan' kredit buta.

 

Fakta  Sebenar :

 

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak semua macam tu. Sangat sedikit. Bahkan SMS dipantau dengan serius oleh kerajaan, dan kebanyakan perniagaan yang mahu menipu ini telah dihalang dari menawarkan sebarang perkhidmatan. Lebih ramai orang baik dalam bisnes SMS ni berbanding orang jahat.

 

 

Mulakan Bisnes SMS Anda Dengan 

'Mind-Set' Yang Jelas

 


 

Dapatkan Sekarang E-Book Ini Pada Harga Promosi
Untuk 45 17 Pelanggan Sahaja!

 

 


 

Menjadikan Bisnes SMS

Semudah Yang Tidak Disangka

 

  • Di dalam ebook ini terkandung 9 Formula yang diuji keberkesanannya lebih dari 2 tahun dan berjaya kepada lebih 30 bentuk perniagaan SMS :

 

  • Formula #1 : Masa Untuk Bermula

Anda mungkin akan meraba-raba di malam kelam kerana tidak tahu mana arah tuju anda. Bahkan anda sendiri tidak tahu bila dan bagaimana untuk bermula. Apakah rahsia pertama yang mesti anda tahu untuk berniaga ?

  • Formula #2 : Bagaimana Transaksi Berlaku ?

Asas yang perlu anda tahu. Ebook ini juga menghuraikan bagaimana pelanggan anda berinteraksi dengan perniagaan anda, apakah keyword yang perlu dihantar, siapakah yang menerima SMS tersebut, bagaimana SMS tidak berjaya dihantar dan bagaimana caj SMS tadi dikenakan kepada pelanggan.

  • Formula #3 : Berapakah Keuntungan Yang Anda Perolehi ?

Tahukah anda kalau anda caj pelanggan anda RM1 untuk satu SMS, pelanggan akan dikenakan caj lebih dari itu ? Setiap caj bukan hak mutlak anda tetapi semua pihak yang terlibat akan mendapat keuntungannya. Perniagaan SMS adalah saksama dan juga bergantung dengan pelbagai pihak yang lain.

  • Formula #4 : Menjadi Penganjur Yang Berjaya

Langkah paling mudah adalah menjadi Penyedia Kandungan. Bagaimana anda ingin memulakan perniagaan anda dengan kos dan risiko yang rendah ? Apakah tugas anda sebagai penganjur sesuatu bisnes SMS ? Apakah yang anda perlu lakukan sebelum anda boleh bermula? Adakah anda layak untuk menjadi penganjur ?

  • Formula #5 : SMS Gateway : Beli atau Sewa ?

Apakah tugas SMS Gateway? Siapakah mereka ini? Apakah perkhidmatan yang mereka tawarkan? Berapakah caj untuk sewaan SMS Gateway? Bagaimana memilih SMS Gateway yang baik ? Bagaimana memohon kod 5 digit ? Bagaimana mempunyai keyword anda sendiri? Senarai Syarikat SMS Gateway juga boleh diperolehi. 

  • Formula #6 : Membuat Acuan Bisnes SMS Anda Sendiri

Belajar bagaimana mengkonfigurasi sebuah sistem aplikasi SMS anda sendiri mengikut kemahuan anda. Disertakan gambarajah dan juga modul-modul yang anda boleh lakukan dengan sistem anda. Sistem web based memudahkan pengendalian bisnes SMS.

  • Formula #7 : Bagaimana Membuat Anda Mendapat Pelanggan ?

Apakah faktor kritikal perniagaan SMS anda? Bagaimana membuat iklan di majalah, tv dan radio ? Apakah perbezaannya ? Garis panduan pengiklanan juga disertakan.

  • Formula #8 : Menguruskan Perniagaan SMS Dari Rumah

Bagaimana menyediakan khidmat sokongan pelanggan? Apakah yang perlu ada untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda ? Apakah peraturan kerajaan dan memberikan khidmat sokongan? Bagaimana menyusun komplen dari pelanggan anda ?

  • Formula #9 : Modal Bisnes SMS

Berapakah sebenarnya sesuatu modal bisnes SMS ? Bagaimana anda mengira modal ada ditunjukkan dan disertakan dengan template bagaimana untuk melihat sama ada perniagaan SMS anda berdaya saing atau tidak.

 

Lebih banyak topik yang dikupas dalam ebook ini. Ia adalah topik-topik praktikal dan 'straight forward' bagi menjawab persoalan anda. 


 

Anda Mahukan Bukti ?

Anda Bukan Orang Pertama Dalam Bisnes SMS

Saya telah menggunakan formula ini hampir 3 tahun yang lalu. Bahkan formula yang sama digunakan untuk membimbing beberapa orang usahawan baru bisnes SMS melalui workshop dan mentoring program sejak setahun yang lalu :

Testimonial dari Pelanggan Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS

 

" Apabila membaca surat khabar, saya sering tertanya-tanya bagaimana iklan-iklan ringtones ini dapat bertahan lama, malahan setiap hari ada sahaja iklan SMS. Yang dahsyatnya ada keluar TV setiap hari! Besar betul modal mereka ini.

Selepas saya mendapatkan e-book Rahsia Buat Duit Dengan SMS, barulah saya tahu betapa beruntungnya buat duit dengan SMS ni. Barulah saya tahu apa itu telco, penyedia kandungan, Gateway SMS. Penerangan yang begitu jelas bagaimana buat duit dengan SMS!

Tahniah diucapkan kepada Irwan!

Hafiz Latib
MalaysiaPal.com


"Speechless.... Can I say purrfect? :) Very, very interesting. Just Brilliant!"

 

 

Sabri - SaifulSham.com
www.saifulsham.com

 

Testimonial dari Partners dalam Projek Perintis SMS Web

 

"Sebenarnya saya agak terkejut apabila mengetahui betapa mudahnya membuat pemasaran menggunakan teknologi SMS.

Manual dan Panduan Pemasaran SMS yang dihasilkan oleh Irwan Dahnil ini menunjukkan langkah-langkah yang jelas dan mudah difahami bagaimana untuk menjalankan pemasaran SMS yang berkesan dan kos efektif!

Terima kasih Irwan kerana kini saya boleh mengintegrasikan perniagaan internet saya dengan pemasaran SMS."

 

 

Tazilan Ibrahim
www. ideabisnesluarbiasa.com


"Selama ini saya menganggap pemasaran melalui SMS adalah sesuatu yang sukar kerana selain tiadanya rujukan yang mudah dan jelas, saya juga tidak dapat melihat secara luas akan kegunaannya untuk perniagaan Internet saya. T

Tetapi kini tidak lagi kerana dengan manual pemasaran SMS yang mudah difahami, saya sudah boleh melakukan promosi melalui SMS dengan begitu mudah. Tak sangka, begitu banyak rupanya aplikasi SMS yang amat sesuai digunakan untuk perniagaan Internet. Terima kasih kepada Irwan yang telah menyediakan manual yang begitu
mudah difahami ini!"

 

 

Mohd Zulfadli (SmartZul)
www.smartusaha.com

 

 


Testimonial #1 :

" Saya kini sudah menjadi usahawan SMS dan sangat berterima kasih atas pendedahan yang diberikan. Semoga Tuhan merahmati anda "

- En Amri Amir, Seremban, N.Sembilan 

 


Testimonial #3 :

"Keseluruhannya adalah sangat baik, dan akan membuat kami lebih bersedia memulakan perniagaan. Yang penting ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul apabila perniagaan telah dijalankan"

- En Shahril, Kelang Selangor 


Testimonial #4 :

" Suatu penerangan perniagaan yang jelas dan saya yakin akan dapat memberi satu impak yang sangat positif untuk pendapatan 'tambahan' saya "

- En Soap Jemari, Banting Selangor 

 


 

Tahukah Anda ?

Terdapat Lebih 100 Bisnes SMS Yang Boleh Dilakukan Hanya Dengan 7 Aplikasi SMS

Ini rahsia yang tidak ramai yang tahu, bahawa banyak bisnes SMS yang canggih dan popular sebenarnya dihasilkan hanya oleh 7 aplikasi SMS.

Apa yang saya katakan diatas, saya huraikan dibawah ini akan saya pecahkan di dalam ebook mengikut kategori aplikasi :

  • Aplikasi SMS #1 : SMS Voting

SMS Voting digunakan bagi tujuan untuk mendapatkan undian, maklum balas atau pungutan suara dari pelanggan anda. Program rancangan TV realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor dan One In A Million menggunakan SMS Voting untuk membolehkan penonton menghantar SMS untuk mengundi calon-calon yang bertanding.

  • Aplikasi SMS #2 : SMS Contest

SMS Contest adalah satu aplikasi SMS yang boleh diuruskan melalui web. SMS Contest secara asasnya membolehkan anda menganjurkan pertandingan seperti kuiz, teka teki, teka kata dan sebagainya. Pemenang pertandingan pula boleh dipilih mengikut jumlah jawapan yang betul, pemenang yang paling pantas menjawab, penyertaan yang paling banyak dan sebagainya.

  • Aplikasi SMS #3 : SMS Slogan

SMS Slogan  membolehkan anda menganjurkan pertandingan berasaskan kata-kata seperti slogan, motto, tema, kata-kata penghargaan, ucapan selamat dan yang seumpama dengannya. Dengan SMS Slogan, tidak semestinya perlu dianjurkan pertandingan tetapi seperti ucapan penghargaan, ucapan selamat dan sebagaimana adalah kaedah biasanya digunakan untuk sebarang sambutan tertentu seperti hari Merdeka atau musim perayaan.

Bagi sesebuah perniagaan, SMS Slogan membolehkan pengguna telefon bimbit menghantar teks dan menyertai kempen slogan anda dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang dihantar dari telefon bimbit mereka.

  • Aplikasi SMS #4 : SMS Chatting

Anda boleh menganjurkan bilik maya virtual untuk bersembang di internet. Konsep ini merupakan ciri-ciri tambahan yang ada dalam sistem chatting di internet, dimana SMS dijadikan medium untuk menghantar dan menerima teks chatting tersebut. Perniagaan SMS Chatting merupakan perniagaan yang popular di kalangan golongan muda, di mana SMS Chatting menawarkan platform untuk berkenalan dan mencari rakan. 

Disebabkan SMS Chatting menjanjikan keseronokan yang lebih kepada golongan muda, banyak sistem SMS Chatting diwujudkan terutama di internet dan juga melalui peti televisyen.

  • Aplikasi SMS #5 : SMS Information On Demand (IOD)

SMS IOD secara asasnya menyediakan suatu plaftform untuk membolehkan pelanggan anda berinteraksi dengan anda. Pelanggan anda yang meminta perkhidmatan, bersetuju untuk membayar sejumlah harga SMS yang dikenakan untuk berinteraksi dengan anda. Bagi sesebuah perniagaan, SMS IOD membolehkan anda menghantar SMS kepada setiap pelanggan apabila pelanggan memintanya dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang masuk ke telefon bimbit mereka.  

Contohnya adalah sekiranya anda menyediakan perkhidmatan waktu solat, maka setiap SMS waktu solat yang dihantar ke pelanggan akan dikenakan caj. Anda boleh mencipta banyak keyword dibawah satu Master Keyword bagi membolehkan anda mempunyai lebih banyak format unik dalam parameter SMS anda.

  • Aplikasi SMS #6 : SMS Subscribe

Bagi sesebuah perniagaan, SMS Subscribe membolehkan anda menghantar SMS kepada setiap pelanggan didalam pangkalan data dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang masuk ke telefon bimbit mereka.  

Sebagai contoh, anda menganjurkan perkhidmatan langganan tips penjagaan kecantikan wanita. Setiap tips yang dihantar oleh anda dikenakan caj SMS sebanyak RM3. Untuk pelanggan menyertai perkhidmatan anda, akan menaip ON[jarak]TIPS dan dihantarkan ke 32211.

Sehinggalah pelanggan membuat permintaan untuk keluar dari langganan (unsubscribe), SMS Subscribe menjadi satu model perniagaan yang popular kerana wujud trend kerana kemampuannya untuk menjual produk digital dan berbentuk pengetahuan, kepakaran dan pengalaman.

  • Aplikasi SMS #7 : SMS Page

SMS Page pada asasnya digunakan untuk menyebarkan maklumat berdokumen. Pelanggan akan meminta dokumen menggunakan SMS, dan dokumen tersebut akan dihantar ke emailnya. Pelanggan akan dikenakan caj melalui konsep 'reverse billing'.

Ini membolehkan usahawan menjual produk-produk digital seperti ebook, ringtone, lagu, video dan sebagainya dengan kaedah pembayaran melalui telefon bimbit. Ini akan memudahkan pelanggan membeli produk daripada terpaksa pergi ke bank atau secara manual bank in.

SMS Page berfungsi dengan cara anda menetapkan apakah jenis dokumen yang boleh dihantar ke email pelanggan. Biasanya dalam format digital seperti PDF, ringtone, imej atau video yang bersaiz tidak lebih 25MB.

Sebagai contoh, pelanggan ingin membeli ebook anda yang berharga RM7. Maka pelanggan akan menaipkan BUY<jarak>KODEBOOK<jarak>EMAIL dan hantarkan ke 32211

Pelanggan akan menerima satu SMS yang menyatakan bahawa ebook tersebut telah dihantar melalui email.

 

 

 


 

Dapatkan Sekarang E-Book Ini Pada Harga Promosi
Untuk 45 17 Pelanggan Sahaja!

 

 


Apa Anda Perlu Lakukan Seterusnya ?

Anda Hanya Perlu Pilih Ebook 

Mengikut Pakej Aplikasi Yang Ditawarkan

 

Tunggu...

 

Bagaimana Kalau Saya Berikan Ebook

Formula Bisnes SMS Untuk Beginner

Kategori SMS Voting 

 

Secara PERCUMA ?

 

Anda Boleh Muat Turun Versi Penuh 

Dibawah Untuk Penilaian Anda : 

 

 

 Dapatkan Preview PERCUMA SMS Voting!
(Sekiranya anda tidak dapat memuat turun dengan menggunakan pelayar Internet Explorer, sila cuba dengan menggunakan Mozilla)

*Email :

* Format Email :

* Nombor HP:
   (601xxxxxxxx)

* Nama:


 

 


 

Kemudian Pilih Aplikasi SMS Yang Lain
Pakej Ebook Mengikut Kategori Aplikasi 

 

Untuk memudahkan anda memilih, saya berikan pilihan kepada anda untuk mendapatkan ebook ini mengikut kategori aplikasi yang dibincangkan. Bahkan, sekiranya anda mahu,  anda boleh mendapatkan hanya satu topik kategori aplikasi sahaja. Ini akan memberikan anda lebih pemahaman dan fokus kepada bisnes SMS yang anda minat sahaja.

 

Pakej Basic 

Pakej Regular

Pakej Super

RM47.00 

Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 

1 Kategori Bisnes SMS sama ada SMS Subscribe, SMS IOD, SMS Chatting, SMS Contest, SMS Slogan atau SMS Page

(SMS Voting tidak perlu dibeli kerana boleh dimuat turun secara percuma untuk penilaian)

 

RM67.00 sahaja! 

Kandungan Pakej Eksklusif :

Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 

Kategori SMS Subscribe


RM97.00 sahaja! 

Kandungan Pakej Eksklusif :

Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 

Kategori SMS Information On Demand (IOD)

+ +
  Bonus #1
Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 
Kategori SMS Contest
 
BONUS #1
Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner
Kategori SMS Slogan 

+

+

BONUS #2
Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 
Kategori SMS Chatting

BONUS #2
Ebook Formula Bisnes SMS
Untuk Beginner 
Kategori SMS Page 

+

BONUS #3
Jemputan Eksklusif Preview Program Mentor Bisnes SMS

+

BONUS #4
Preview Percuma Cadangan Perniagaan SMS Anda

 

Istimewa Untuk Pakej Super
Pemberian Bonus Percuma!

 

BONUS #3 (Bernilai RM47)
Jemputan Eksklusif Preview Program Mentor Bisnes SMS

Suatu Program Baru akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan kerjasama pihak Majlis Amanah Rakyat untuk melatih usahawan-usahawan SMS yang berpotensi. Program ini akan dikendalikan secara bersama dengan matlamat untuk menjadikan perniagaan anda berjaya. Kos program ini sedang dibincangkan dengan MARA untuk menyediakan peruntukan bagi tujuan latihan.

Anda akan dijemput untuk datang ke majlis preview tersebut dan berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta program ini nanti.

 

BONUS #4 (Bernilai RM200)
Preview Percuma Cadangan Bisnes SMS 

Sekiranya anda mempunyai rancangan perniagaan SMS tetapi anda tidak pasti sama ada perniagaan tersebut berdaya maju atau tidak, cuma emailkan kepada saya draft kertas kerja anda atau emailkan maklumat seperti yang akan diberikan kepada anda.

Gunakan preview ini untuk menentukan sama ada perniagaan anda benar-benar mempunyai daya saing dan mampu untuk pergi lebih jauh

 

 


 

Dapatkan Sekarang E-Book Ini Pada Harga Promosi
Untuk 45 17 Pelanggan Sahaja!


Jaminan Wang Dikembalikan 100% 
Dalam Masa 30 Hari Apabila Anda Gagal 
Untuk Memulakan Bisnes
Setelah Mengikut Formula

 

p.s: Ebook ini merupakan 'jump start' untuk bisnes SMS, maka pilih topik yang anda benar-benar minat. Untuk elakkan kekeliruan, fokus pada perniagaan yang anda minat sahaja.

p.p.s : Ebook ini hanya ditawarkan untuk jangkamasa yang terhad dan juga jumlah jualan yang akan dihadkan bagi mengawal kualiti usahawan SMS yang baru bermula.


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :

Sales Team / En Helmi
Tel : 013-2295944 Fax : 03-80631793
info@akademisms.com
(Waktu Perkhidmatan Pelanggan : 9am - 5.30pm Isnin - Jumaat )

Untuk Sebarang Surat Menyurat, Sila Alamatkan :
Irwan Dahnil
d/a Richmentech (M) Sdn Bhd
43-3-2, Jalan Puteri 4/1, Boulevard 1,
Bandar Puteri 47100 Puchong Selangor
(Kehadiran dengan temujanji)

 

EBook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS :

Buku SMS Pertama Yang Diterbitkan Yang Mudah Difahami Ditulis Oleh Usahawan Untuk Usahawan. 
Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Seminar Perniagaan SMS Yang Mendedahkan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah dalam Masa 7 Hari! 

Workshop Praktikal Bisnes SMS :

Sekiranya anda ingi mempelajarai langkah demi langkah, beserta demonstrasi bagaimana mengelolakan sistem SMS anda, hadiri Workshop Praktikal, 'Fast-Track'

Privacy Policy   Anti-Spam Policy   Disclaimer   Earnings Disclaimer Affiliate Program Blog Irwan Dahnil